Panduan · Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Cara dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sambil bekerja
Anda sudah pandai buat kerja anda. Panduan ini terangkan cara mendapatkan sijil yang diiktiraf untuk kemahiran itu, tanpa berhenti kerja.
Apa itu SKM?
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ialah sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Ia berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi setiap bidang kerja.
Tahap SKM
SKM Tahap 1
Kemahiran asas bagi kerja rutin dalam sesuatu bidang.
SKM Tahap 2
Kemahiran operasi yang lebih luas. Melalui ADI, biasanya 12 bulan.
SKM Tahap 3
Kemahiran penyeliaan dan kerja yang lebih kompleks. Melalui ADI, biasanya 18 bulan.
Selepas SKM, laluan diteruskan ke Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Laluan SKM melalui Akademi Dalam Industri (ADI)
ADI ialah inisiatif kerajaan yang diuruskan oleh MPC. Program ADI Pekerjaan mempunyai beberapa kaedah pensijilan:
ADI Pekerjaan (Pengalaman)
Kaedah 2: Berasaskan Pengalaman. 80% di syarikat, 20% bersama pusat latihan. Pensijilan JPK: SKM (Tahap 1, 2, 3), SKMM, DKM dan DLKM. Pekerja mengumpul kompilasi kemahiran kerja, kemudian temuduga dan semakan bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
ADI Pekerjaan (Pentauliahan)
Pensijilan JPK melalui pentauliahan: 70–80% praktikal di syarikat dan 20–30% teori di pusat latihan.
ADI Pekerjaan (Laluan MQA)
Untuk diploma profesional luar negara, berdasarkan standard kemahiran majikan (EOSS).
Pusat Latihan ADI kami menjalankan ADI Pekerjaan (Pengalaman) untuk syarikat pelanggan.
Siapa yang layak? (ADI Pekerjaan)
- Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun
- Tiada atau ada SPM
- Pekerja baharu, atau pekerja sedia ada dengan pengalaman kurang 5 tahun
- Majikan berdaftar dengan SSM, dengan hasil jualan tahunan lebih RM300,000
Syarat penuh seperti yang ditetapkan oleh MPC. Maklumat rasmi di adi.gov.my. adi.gov.my
Anda pekerja? Ini langkahnya
- Kongsi halaman ini dengan majikan atau HR anda. ADI didaftarkan oleh syarikat, bukan individu.
- Majikan hubungi kami untuk taklimat percuma.
- Anda belajar sambil bekerja, dan nota serta kuiz semua dalam telefon.
Soalan lazim tentang SKM
Siapa yang mengeluarkan SKM?
Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Apa beza SKM Tahap 2 dan Tahap 3?
SKM Tahap 2 meliputi kemahiran operasi, manakala SKM Tahap 3 meliputi kerja yang lebih kompleks dan penyeliaan. Melalui ADI, SKM Tahap 2 biasanya 12 bulan dan SKM Tahap 3 biasanya 18 bulan.
Perlu berhenti kerja untuk dapat SKM melalui ADI?
Tidak. ADI Pekerjaan dilaksanakan di tempat kerja anda, berdasarkan kerja yang anda buat setiap hari.
Boleh saya daftar ADI sendiri tanpa majikan?
ADI Pekerjaan didaftarkan oleh syarikat. Kongsi halaman ini dengan majikan anda, atau minta mereka hubungi kami.
Adakah Pusat Latihan ADI ini sebahagian daripada MPC?
Tidak. Pusat Latihan ADI kami ialah pusat latihan swasta bagi Program ADI. Program ADI diuruskan oleh MPC. Maklumat rasmi di adi.gov.my.
Pusat Latihan ADI oleh Training Pekerja ialah pusat latihan swasta bagi Program ADI, bukan sebahagian daripada MPC. Program ADI ialah inisiatif kerajaan yang diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Maklumat rasmi: adi.gov.my
Majikan anda berminat?
Kami terangkan Program ADI kepada majikan anda dalam taklimat percuma, bersemuka atau dalam talian.