Bakat ADI? Log masuk ke LMS untuk nota, kuiz dan tugasan.Log masuk LMS →

Pusat Latihan ADI · ADI Pekerjaan (Pengalaman)

Program Akademi Dalam Industri (ADI):
SKM sambil bekerja
untuk pekerja anda.

Kami pusat latihan yang membantu syarikat anda menjalankan Program ADI, inisiatif kerajaan di bawah MPC. 80% latihan berlaku di tempat kerja anda, ikut kerja sebenar. Teori dibaca di telefon masa rehat. Pekerja tidak perlu cuti panjang atau ke kelas.

Pusat Latihan ADI oleh Training Pekerja ialah pusat latihan swasta bagi Program ADI, bukan sebahagian daripada MPC. Program ADI ialah inisiatif kerajaan yang diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Maklumat rasmi: adi.gov.my

Pensijilan JPK
SKM Tahap 1–3 · SKMM · DKM · DLKM
Tempoh
9–18 bulan (SKM 2: 12 · SKM 3: 18)
Kaedah
Berasaskan pengalaman: 80% syarikat · 20% pusat latihan
Manfaat
Layak insentif kerajaan & potongan cukai

Apa itu Akademi Dalam Industri (ADI)?

Akademi Dalam Industri (ADI) ialah inisiatif kerajaan hasil kerjasama empat kementerian (KESUMA, KPT, MITI dan Kementerian Ekonomi), dilaksanakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Melalui ADI Pekerjaan (Pengalaman), pekerja mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berdasarkan pengalaman kerja sebenar di syarikat.

Sebanyak 2,601 syarikat telah menyertai ADI pada 2023–2025 (data MPC).

Model pensijilan

ADI Pekerjaan (Pengalaman – Pensijilan JPK)

Kaedah 2: Berasaskan Pengalaman

Syarikat 80%Pusat Latihan 20%

Kemahiran Kerja

Pensijilan

  • SKM (Tahap 1, 2, 3)
  • Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Panduan: cara dapat SKM sambil bekerja →

Siapa yang layak?

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun
  • Tiada atau ada SPM
  • Pekerja baharu, atau pekerja sedia ada dengan pengalaman kurang 5 tahun
  • Syarikat berdaftar dengan SSM, dengan hasil jualan tahunan lebih RM300,000

Syarat penuh dan syarat insentif adalah seperti yang ditetapkan oleh MPC. Tidak pasti? Hantar senarai pekerja dan jawatan di WhatsApp. Kami semak secara percuma.

Kenapa majikan pilih ADI

Insentif kerajaan & potongan cukai

Syarikat layak menerima insentif daripada Kerajaan dan layak potongan cukai. Tuntutan OJT bagi pembimbing syarikat boleh dibuat kepada HRD Corp. Kami terangkan butirannya semasa taklimat.

Kemahiran dipacu industri

Pekerja belajar sambil buat kerja harian, ikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Teori dibaca di telefon masa rehat.

Kekalkan pekerja anda

Pengiktirafan kemahiran melalui Sijil Kemahiran Malaysia membantu pengekalan pekerja (retention), dan selari dengan agenda ESG/SDG syarikat.

Kami uruskan dokumentasi

Dari pendaftaran, bahan pembelajaran hingga kompilasi kemahiran kerja dan penilaian, pasukan kami bantu syarikat anda sehingga sijil dikeluarkan.

Satu syarikat, beberapa bidang SKM

Pelanggan ADI kami mengikut industri, 2025–2026. Setiap jawatan dalam syarikat boleh ada bidang SKM sendiri: mekanik, khidmat pelanggan, admin, akaun. Senarai ini terus bertambah.

10bidang NOSS
10syarikat pelanggan
5industri

Pembuatan

1 syarikat

Pengacuan (moulding)

Perkhidmatan

5 syarikat

Bengkel automotif

1 syarikat

Klinikal

1 syarikat

Farmaseutikal

2 syarikat

Akses tali industri

Bidang anda tiada dalam senarai? Kami boleh bangunkan program untuk NOSS lain. Beritahu kami jawatan pekerja anda.

Penglibatan personel

Syarikat kerjasama: syarikat anda bersama Pusat Latihan ADI kami.

Syarikat anda

  • Penyelaras Syarikat
  • Pembimbing

Tuntutan OJT boleh dituntut kepada HRD Corp

Pusat Latihan ADI (kami)

  • Penyelaras Pusat Latihan
  • Pengajar

Bahan pembelajaran, kuiz, kompilasi dan dokumentasi kami uruskan

Hanya Calon dan Penyelaras Syarikat perlu ada akaun Portal Akademi Dalam Industri dan MySPIKE.

Bagaimana ADI berjalan

  1. 1

    Taklimat percuma

    Kami jumpa anda (bersemuka atau dalam talian) dan semak pekerja serta bidang SKM yang sesuai.

  2. 2

    Sertai program

    Kita tandatangan MoU. Wakil syarikat dibimbing melalui sesi dan bengkel ADI, dan pekerja didaftarkan.

  3. 3

    Belajar sambil bekerja

    Pekerja buat kerja sebenar di tempat kerja, dan belajar teori dari telefon masa rehat.

  4. 4

    Sijil SKM

    Pekerja yang kompeten menerima Sijil Kemahiran Malaysia daripada JPK.

Untuk bakat (pekerja)

Anda sudah pandai buat kerja. ADI membantu anda dapat sijil yang diiktiraf di seluruh Malaysia untuk kemahiran itu, tanpa berhenti kerja dan tanpa ke kolej. Nota dan kuiz semua dalam telefon, dalam Bahasa Melayu.

Soalan lazim

Apa itu Akademi Dalam Industri (ADI)?

ADI ialah inisiatif kerajaan di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di mana pekerja belajar dan dinilai di tempat kerja untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). ADI Pekerjaan (Pengalaman) adalah untuk pekerja yang sudah bekerja.

Adakah Pusat Latihan ADI ini sebahagian daripada MPC?

Tidak. Pusat Latihan ADI kami ialah pusat latihan swasta yang dilantik oleh syarikat pelanggan untuk menjalankan Program ADI bagi pihak mereka. Program ADI diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Maklumat rasmi di adi.gov.my.

Siapa yang layak?

Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun, tiada atau ada SPM, pekerja baharu atau pekerja sedia ada dengan pengalaman kurang 5 tahun. Syarikat perlu berdaftar dengan SSM dengan hasil jualan tahunan lebih RM300,000. Syarat penuh seperti yang ditetapkan oleh MPC.

Boleh tuntut HRD Corp?

Ya. Tuntutan OJT bagi pembimbing syarikat boleh dibuat kepada HRD Corp. Kami bantu sediakan dokumennya.

Siapa yang mengeluarkan sijil SKM?

Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Berapa lama program ini?

Antara 9 hingga 18 bulan. Biasanya 12 bulan untuk SKM Tahap 2 dan 18 bulan untuk SKM Tahap 3.

Ada insentif atau kos untuk majikan?

Program ini mempunyai insentif kerajaan yang dibayar berperingkat kepada syarikat dan diagihkan kepada bakat dan pusat latihan. Kami terangkan butiran insentif dan kos semasa taklimat percuma.

Pekerja saya tidak fasih Bahasa Inggeris. Boleh ikut?

Boleh. Program, nota dan kuiz kami dalam Bahasa Melayu.

Pusat Latihan ADI oleh Training Pekerja ialah pusat latihan swasta bagi Program ADI, bukan sebahagian daripada MPC. Program ADI ialah inisiatif kerajaan yang diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Maklumat rasmi: adi.gov.my

Ada pekerja yang belum bersijil?

WhatsApp kami untuk sesi taklimat percuma, bersemuka atau dalam talian. Kami terangkan program, insentif dan kelayakan pekerja anda.

Tempah taklimat percuma