ADI / SKM Tahap 3

Pusat Latihan ADI · NOSS G452-002-3:2018

SKM Tahap 3 Servis Diagnostik Kenderaan Ringan

Untuk mekanik yang mendiagnos kerosakan kenderaan ringan dan menyelia kerja servis. 80% latihan berlaku di tempat kerja anda, ikut kerja sebenar.

Ringkasan program

Kod NOSS
G452-002-3:2018
Tahap
SKM Tahap 3
Tempoh
18 bulan (program ADI 9–18 bulan)
Kaedah
Berasaskan pengalaman: 80% syarikat · 20% pusat latihan
Pensijilan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, JPK

Sesuai untuk jawatan

  • Mekanik kanan
  • Juruteknik diagnostik
  • Ketua bengkel

Sudah dijalankan dalam

  • Bengkel automotif
  • Pengacuan (moulding)

5 syarikat pelanggan, 2025–2026

Bagaimana ia berjalan di syarikat anda

  1. Taklimat percuma dan semakan kelayakan pekerja.
  2. Pekerja belajar sambil buat kerja sebenar. Pembimbing syarikat membimbing di tempat kerja.
  3. Pusat Latihan ADI kami sediakan nota, kuiz dan uruskan kompilasi serta dokumentasi.
  4. Penilaian dan pensijilan SKM Tahap 3 oleh JPK.

Siapa yang layak?

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun
  • Tiada atau ada SPM
  • Pekerja baharu, atau pekerja sedia ada dengan pengalaman kurang 5 tahun
  • Syarikat berdaftar dengan SSM, dengan hasil jualan tahunan lebih RM300,000

Syarat penuh dan syarat insentif adalah seperti yang ditetapkan oleh MPC. Tidak pasti? Hantar senarai pekerja dan jawatan di WhatsApp. Kami semak secara percuma.

Soalan lazim

Berapa lama SKM Tahap 3 Servis Diagnostik Kenderaan Ringan?

Biasanya 18 bulan melalui ADI Pekerjaan (Pengalaman). Tempoh keseluruhan program ADI ialah 9 hingga 18 bulan.

Perlukah pekerja ke kelas?

80% latihan berlaku di tempat kerja, ikut kerja sebenar. Teori dibaca di telefon. Pekerja tidak perlu cuti panjang.

Boleh tuntut HRD Corp?

Tuntutan OJT untuk pembimbing syarikat boleh dituntut kepada HRD Corp. Insentif lain adalah seperti yang ditetapkan oleh MPC.

Pusat Latihan ADI oleh Training Pekerja ialah pusat latihan swasta bagi Program ADI, bukan sebahagian daripada MPC. Program ADI ialah inisiatif kerajaan yang diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Maklumat rasmi: adi.gov.my

Ada pekerja yang sesuai untuk SKM Tahap 3 Servis Diagnostik Kenderaan Ringan?

WhatsApp kami untuk sesi taklimat percuma. Kami semak kelayakan pekerja anda.